Review : DEES Photography

Hi Assalamualaikum!

Hari ni nak review pasal my wedding photographer that is DEES Photography! Actually, tak kenal pun siapa Dees ni, saya kenal GI Photoshoot, CST, and Ministry of Moment jeeee tu pun sebab diorang shoot retis hehehe. 

Bila husband suruh survey photographer je terus hilang mood, malas lah, mahal la, tak cantik la. Biasa la kan perempuan, semua nak perfect je. Lagi sebulan nak kahwin pun kitorang still tak ada photographer. Last-last husband sendiri yang survey photographer hehe. Time ni la dia jumpa portfolio Dees ni, dia tunjuk kat saya tapi saya tak berkenan sebab mahallll saya kalau boleh nak yang harga RM1,000 je dan boleh cover untuk 3 events haha gila kedekut.

Tapi lama-lama bila kena pujuk dan marah saya mengalah la jugak, ikut awak la suami. Saya malas nak fikir kekeke. Yang saya tahu Dees ni photographer untuk kakak Hanis Zalikha jugak. Dan inilah hasilnya.

The hand bouquet. Guna bunga span sebab hasil dia sebiji macam fresh flower dan dijamin tak akan layu!

 Saya suka gambar ni sebab ala-ala soft pastel.


 Gift for him. Theme - Light Blue. Hantaran ni buat sendiri dalam masa 2 hari. Tapiiii bunga bunga tu memang tak la sebulan jugak nak siapkan sampai ala-ala kadar je saya buat. Boring kot haha.

Gift for her. Actually nak theme color peach but then susah gila nak cari crepe paper color peach, riben color peach. Last-last saya campur je dua-dua warna. Puas hati. Oh ye dalam bekas kaca tu telekung Bella Ammara.


 The Cake! Suka suka suka. Sebab warna pastel lepas tu memang sama dengan apa yang saya request kat baker ni. Dah la deal guna facebook je main tunjuk tunjuk gambar nak cenggini nak cenggitu. Dah la cerewet plak tu aku ni nak yang cantik tapi nak murah. Puas hati sebab cantik dan murah. Rasa dia tak tau sebab tak rasa pun haha.

Okay bye pengantin nak pergi outdoor. Gambar outdoor banyak tapi tak nak upload sebab saya tak suka muka saya kena mekapppp huwaaa macam hantu. Kalau tengok gambar kat atas ni pun semua yang jauh jauh punya hehe bagi orang tak nampak sangat muka kena mekap saya. Lepas ni tak nak mekap lagi dah tak sukaa.


What I like about DEES Photography?
★ Service tip top lagi lagi time outdoor kitorang jadi penumpang je naik kereta photographer. Patutnya kitorang la yang bawak dia!
★ Gambar cantik sangat tak payah edit dah cantik. Gambar-gambar ni semua tak edit tau!
★ Reasonable price. Nak tau harga pakej saya sila pm. Hehe.
★ Sporting. Cakap je nak outdoor kat mana. Lautan api sanggup dia renangi.
★ Wedding album simple and nice. Selalu wedding album gambar mesti collage satu page kan? DEES tak, paling banyak pun 4 gambar dalam satu page.


Okay macam mana nak tengok portfolio DEES ni?
★ deesphoto_dp@yahoo.com
★ 012-399 0907 (Efendy)


Thank you for reading this entry and see you in the next post!

10 comments

  1. kek cantik, warna cantik, hantaran cantik. so perfect! :D btw dah jd puan ek skrg. hehe tahniah! :)

    ReplyDelete
  2. weh baju kawin ko cantikkk tempah mana? design sendiri ke? hehehe. color pon cantik..pastel2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempah kat anak kawan mak aku. Aku tak design, aku tunjuk baju kahwin orang lain aku cakap nak sebijik sejiban haha.

      Delete
  3. kau tau tak meraban jugak la aku cari kat fesbuk instagram nak tgk gambaq kawin kau..nasib dah post kat blog...post la gambaq outdoor pleaseeeeeeeeeeee...

    crepe paper color peach mmg susah gila nak cari bkn creepe paper ja segala mak nenek kaler peach mmg susah..tunang aku ritu menyesal jugak amik kaler peach sebenarnya..huhu

    ReplyDelete
  4. ii..pm harga pakej u ni..tqvm
    munirahzamli@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. pm pakej nie..
    hanakusz_253@yahoo.com.
    tq..hihi

    ReplyDelete
  6. Pm plizzzzz pakej ni n bju 2 bt kt mna?

    ReplyDelete