Featured Slider

FREEBIE: Bill Payment Checklist

Hi Assalamualaikum!

Sekarang ni tengah rajin buat banyak Printables. Sejak - sejak ada Personal Planner sendiri ni, memang kerja aku asik buat printables jela. Niat nak buat tu memang ada, tapi sebab tak berapa nak kreatif, jadi hasil dia memang tak sama dengan apa yang diimpikan.  Tapi boleh la kan daripada tak ada.

Sekarang ni dah September, insyaAllah sebelum tahun depan dan boleh pindah masuk rumah baru sendiri. Rumah sendiri ni yang aku suka ni, tak sabar nak decorate macam-macam. Dah alang-alang nak masuk rumah ni aku dah siap pun buat Home Management Binder. Yang ni nanti aku reveal, sebab banyak printables dah siap tapi belum print lagi. Yang penting bajet murah je sebab recycle je bahan-bahan yang ada.

So hari ni aku nak bagi printable percuma! Dengar tak orang-orang kampung, percuma ni. Bill payment checklist ni fungsi dia nak memudahkan orang-orang OCD dan spesis yang berdekatan macam aku ni untuk keep track semua bil-bil yang kita dah bayar. Juga sebagai reminder senang nak cek bil apa yang belum bayar. Tak ada la nanti terlupa nak bayar bil Astro, tau-tau je dah kena potong. Sadis.


Format file ni ialah A4 size (borderless). Waktu nak print tu pilih la format ni so nanti cantik je hasil dia tak ada border putih kat tepi. Just ngam-ngam je saiz dia. Tapi kalau korang nak print saiz lain pun boleh. Ikut pilihan masing-masing.

Link untuk download:


Okay selamat berhujung minggu! (untuk Johor, Terengganu dan Kelantan) hihi.

Bye!

Checklist barang keperluan baby.

Hi Assalamualaikum!

Sekarang ni aku laki bini tengah pening kepala fikir pasal persiapan barang baby. Nak beli apa, kat mana nak beli, apa yang patut beli, apa yang tak patut beli. Adoi macam nak pecah kepala. Banyak jugak dah google checklist - checklist semua. Banyak jugak aku survey apa yang betul - betul kena beli. Ada yang tak perlu pun takpe.

So, kat bawah ni aku dah list apa yang patut dibeli. Boleh guna untuk rujukan akan datang kot-kot laptop kena hantar repair tanpa sempat backup ke ohoi mintak dijauhkan. Menangis kalau semua file dalam laptop ni hilang.

Disebabkan aku ni ada OCD, semua benda aku nak buat bagi perfect dah cantik. Nanti tinggal print siap - siap untuk senang nak refer. Yang ni untuk persediaan nak pergi hospital waktu nak bersalin. Agak-agak dah 8 bulan tu dah kena pack siap - siap letak dalam kereta.


Gigih kan aku buat list ni kat photoshop. Terlebih rajin sungguh. Kerja yang patut buat malas nak buat, kerja - kerja macam ni suka pulak buat. Yang ni baru untuk pergi hospital. Bawah ni pulak list barang - barang baby lepas lahir ke dunia.
Untuk clothing tu worst case tu yang sampai 10 pasang baju siang 10 pasang baju malam. Sebenarnya tak tahu sangat berapa banyak nak kena beli. Lepas tu semua nak kena beli size newborn ke atau patut beli separuh tu besar sikit. Budget untuk baju ni aku based on harga kat Anakku kat JPO. Hari tu kitorang dah beli sikit, sepasang baju boleh dapat RM20 sebab banyak discount. Nak beli baju ni pun masalah jugak untuk aku sebab aku dah scan 3D/4D tapi tak nampak jantina apa. I iz sad. Geram je tengok baju baby girl cecantik. Nak beli tapi kang buatnya keluar baby boy, kecelaruan identiti pulak anak aku nanti haha.
Untuk grooming dah aim dah Grooming Set Tommie Tippee. Tu laki aku yang aim sebenarnya bukan aku, aku cakap beli satu-satu je murah sikit tapi dia kata nehi!, jadi nanti kena la pre-order set Tommie Tippee ni. Setakat ni aku jumpa RM85 kat BabiesMall, ada siapa-siapa tahu mana boleh dapat lagi murah tak? Sebab aku kan cheapskate lololol.

Untuk travel, aku tak beli stroller. Sebab macam tak guna sangat. Kot? Nak suruh laki aku dukung je bagi exercise sikit. Tapi car seat memang penting sebab nanti banyak nak kena travel berdua je dengan baby. Baby cot ada 3 kehkeh banyak. Sebab nak letak kat rumah sendiri, rumah mak aku, dengan rumah mak mertua. Ni penting ni sebab kalau tak ada baby cot nanti bangun pagi kang terpenyek anak kat tengah-tengah.
Untuk feeding, memang dah pakat dengan husband nak guna Medela Freestyle. Banyak review best. Harga pun best tapi kami dah start menabung dari sekarang, walaupun lama lagi nak guna. Untuk storage guna Autumnz, dapat murah kalau beli kat One Baby World. Botol susu pulak nak try guna Avent, ingat nak beli 1 botol dulu tengok baby sesuai ke tak, tapi harga untuk sebotol pun dah mahal gila, baiklah beli set terus kan. Dapat 4 botol, dapat puting dengan berus cuci botol tu. 

Preparation untuk berpantang pun satu lagi masalah untuk aku. Aku ni dah la jenis payah telan ubat. Ubat doktor pun selalu skip ini kan lagi jamu. Tapi nak beli jugak Set Selapan Air Mancur tu, nanti mak aku marah kalau tak makan jamu. Tapi ni konon-konon jela beli. Makan ke tidak yang tu tak penting haha. Loose items Tanamera tu nak beli VCO, Brown Formulation Soap, Herbal Feminine Wash dengan Herbal Bath. Tapi sekarang aku dah try guna VCO dengan sabun tu. Dua-dua memang best. Terpengaruh beli VCO Tanamera ni sebab banyak review cakap boleh kurangkan atau takde langsung koyak time bersalin. Sabun tu pun ramai review cakap memang berkesan jadi aku sebagai seorang yang mudah terpengaruh ni haruslah beli! Set Herbanika Nona roguy pun nak beli jugak (semua salah blogger yang buat review) sebab review cakap memang boleh kurus balik kekeke.

Banyak gilaaaa kannnnn? Menangis tengok total cost tu. Ni aku kira budget untuk worst case scenario la. Eceh dah macam apa siap nak worst case scenario bagai hikhik. Jadi kena menabung lebih kurang 7k untuk sambut baby. Kan best kalau aku ni artis, mesti semua orang nak sponsor hahaha berangan kau Nadia!


Okay itu sahaja. Thank you for reading this entry!